Spontaneous Traveler impulsive, independent and unplanned …

Nilai3 – murah ke?

02.13.2011 · Posted in Malaysia Attraction

Aku & family pada awal nya nak ker OU ajer, nak cari microwave & kayu nak letak langsir. Bonda ikut sama, entah macam mana dalam perjalanan ke OU tuh, kita orang buat detour – terus ke Nilai3, Bonda nak cari kain langsir plak, terpagaruh oleh cerita kakak Aku yang baru pindah, katanya beli langsir kat Nilai3 murah.

So apa lagi, vroom vromm, aku pun memandu dengan secara berhemah ke Nilai3. Ini bukan lah kali pertama kita orang sampai Nilai3, dah banyak kali dah.



Aku cuma nak bagi tahu, aku rasa barang kat Nilai3 nie mahal lah, patung ultramen yg aku belikan for Rb, kat sana jual RM18, aku beli kat Flea Market Serdang hari tuh baru RM12.

Lepas tuh kayu tempat letak langsir tuh yang standard kecik untuk tingkap 2-panel tuh dia orang jual dalam harga RM50 ke RM60, kat Jusco aku boleh dapat dalam RM39.

So macam mana nie, benda yg Aku tengok semua mahal, kat KL boleh dapat murah lagi. Campur penat lelah drive ke Nilai3, minyak lagi, pastu duit minum hilangkan dahaga …. hah macam tak berbaloi ajer.

Apa pendapat anda semua … murah ker barang kat Nilai3 nie?

Related posts:

2 Responses to “Nilai3 – murah ke?”

  1. nak cari microwave? puteri ada, imported dari italy…. masih available…

Leave a Reply