Spontaneous Traveler impulsive, independent and unplanned …

1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market

12.07.2010 · Posted in Malaysia

1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market. Ini cerita dua minggu lepas, aku teman member aku, dia nak test market jual kuih jajan dia kat situ.

Di 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market ramai tourist, maklumlah, kat center of KL, dalam MATIC pulak tuh. Bila tourist bus stop kat situ memang ramai para pelancong yang berpusu-pusu kat situ. Dari permerhatian aku, ada dalam 30 ~ 40 gerai. Gerai ni pulak terbahagi kepada dua, barang kering dan barang basah. Antara barang barang kering yang dijual di 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market ada yang menjual kraftangan, kain, cenderamata, kiuh kiuh malaysia, keropok dan kuih jajan member aku. Untuk barang basah, mostly makanan … antara nya adalah, burger, oblong, roti john, air air jus, gerai air panas, laksa, satay.

Dulu 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market ni diuruskan oleh Malaysia Tourism, tapi skrang, ianya telah diuruskan oleh satu persatuan khas untuk 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market. Antara orang kuat persatuan yang kita orang jumpa adalah En Zul dan En Isa.

Mengikut En Isa, untuk dapatkan gerai kat 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market, peniaga kena bayar RM300 untuk mengconfirmkan tapak kat situ & harga khemah, sekali bayar ajer, lepas tuh kalau dah tak minat nak berniaga kat situ, khemah tu jadi milik kekal peniaga. Lepas tuh kena bayar RM25 tiap tiap minggu. Kalau ikut persatuan, dia nak peniaga yang komited, tiap tiap minggu kena ada kat situ, kalau tak boleh datang, make sure ada orang gantikan. Nak berniaga kena btul btul, kalau kejap ada kejap takder macam biskut, macam mana nak dapat untung? Lu pikir lah sendiri.



Kat 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market memang best lah, ada macam macam activity, sambil berniaga sambil cuci mata :D . Masa aku teman member aku tuh sempat lah aku tengok tarian cuti cuti malaysia & ala ala live konsert.

Ok 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market nie selalu ada hari Sabtu, dari pukul 4 petang hingga 11 malam. Time malam kat situ memang best sebab di apit oleh 2 bagunan megah Malaysia, KLCC dan KL Tower, kalau datang makan malam kat situ pun best, sambil tengok KLCC & KL Tower dan menikmati Live Konsert.

Tak silap aku persatuan ada nak buat pertunjukan bunga api & live konsert kat 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market untuk celebrate tahun baru 2011 yang akan datang nie, kalau jadi memang best lah! apa-apa pun kita tunggu ajer berita dari mereka.

Dapat profit ke berniaga kat 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market nie? Crowd kat sini tak berapa banyak sangat, ada masa masa dia, tapi bukan sepanjang masa. Hari tu memang member aku dapat habuan jugak lah, walupun tak banyak, tapi memang ada untung nya. Persatuan kat sini memang ada perancang perancangan untuk menaikkan dan meramaikan lagi pengunjung datang ke 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market.

1Malaysia Family Fair Matic1 (2)20

1Malaysia Family Fair Matic1 (5)20

1Malaysia Family Fair Matic1 (12)20

1Malaysia Family Fair Matic1 (16)20

1Malaysia Family Fair Matic1 (13)20

Related posts:

2 Responses to “1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market”

  1. kalo nk join 1Malaysia KL Family Fair @Matic Flea Market ni ada open spot lg ke?

  2. Hi Nurul, last time i checked memang takder kosong dah. anyway nanti i’ll post the contact number dalam ni.

Leave a Reply