Spontaneous Traveler impulsive, independent and unplanned …

Sehari Di Putrajaya – Putrajaya Flora 2010

07.18.2010 · Posted in Malaysia, putrajaya

Semalam, satu hari kita orang kat Putarajaya, agenda utama was to attend wedding kawan my wife. Wedding tu kat Bagunan Perbadanan Putrajaya, Dewan Sri Siantan. Tapi macam mana entah wife aku kata weeding tu will be held at Putrajaya International Convention Centre PICC, so memang kita orang samapi PICC dulu lah, sunyi sepi takder orang kat situ, deserted area!. Nasib baik lah PICC dengan Perbadanan Putrajaya tuh tak jauh.

Bagunan Perbadanan Putrajaya ni betul betul berhadapan dengan Putrajaya Palace of Justice, dan berhampiran dengan Masjid Sultan Mizan. Lepas the wedding, kita orang lepak kat Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Solat Zohor kat situ. Nie memang first time lah kita orang sampai sini.

Masjid Sultan Mizan nie menarik, Aku rasa dia bertemakan open concept, macam open source jugak kot. Tidak ada dinding atau pintu munutupi ruang solat utama, walaupun kat luar masjid tu matahari panas terik, tapi bila kat dalam masjid tu rasa, beragin dan selesa.



Selesai lepak kat masijd, sambil merehatkan jiwa, kita orang ker Putrajaya Floria 2010, kat Presint2. Aku ingatkan jauh lah Presint2 nie dari Masjid Sultan Mizan, rupa nya sebelah ajer, nasib baik masuk turning betul, kalau tidak memang tak berjumpa lah.

Memag ramai yang datang ke Putrajaya Floria 2010, especially photographer, dari amateur ker professional, masing masing dengan camera SLR yang canggih, mencari sudut yang menarik untuk snap gambar bunga, Aku – hentam sajerlah labu, ramai sangat manusia kat situ, especially kat dalam Floria Pavilion. Kita orang tengok bunga ambik masa dalam 3ominit ajer kot, kedai kedai bunga yang ada kat situ kita orang tak singgah pun, kebetulan duit dalam poket takder, tak sempat jumpa ATM dah jumpa Presint2 – Putrajaya Floria 2010. Kalau ada sure habis gak RM100 kat situ. So kira kita orang jimat RM100 lah petang tuh :)

Sebelum balik ke KL kita orang singgah kat Flee Market & Carboot sales Malaysia Argo Exposition Park Serdang (MAEPS), buka tiap tiap Sabtu dari pukul 4pm ~ 2am dan Ahad dari pukul 8am ~ 2pm. Kita orang sampai Flee Market & Carboot sales MAEPS dalam pukul 4:30pm, tak ramai sangat orang, kedai yang ada pun tak banyak sangat, mungkin awal sangat kot kita orang sampai, malam sure penuh and happening kat sini.

Nearby Flee Market & Carboot sales MAEPS ada Go-Kart and tempat drifting.

Related posts:

Tags:

Leave a Reply