Ramadhan Al-Mubarak 2009 1430 Hijrah

August 20th, 2009 | by amdTaufik |

Alhamdulillah, Ramadhan kini kembali. InsyaAllah lusa kita umat islam akan menunaikan rukun islam yang ketiga, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Kita semua tahu bahawa Ramadhan dipenuhi dengan segala macam kebaikan, bulan yang penuh rahmat dan keampunan. Bulan yang menjanji kan ganjaran berganda ganda.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)

Jom kita sama-sama berazam untuk menjadikan Ramadhan ini sebagai titik permulaan untuk berubah, menjadi umut islam yang lebih baik, menjadi muslimin dan muslimat yang selalu patuh mengerjakan suruh ALLAH dan meninggalkan segala larangan NYA.

Anyway … Aku dapat satu email nie yang member aku foward, e-book untuk menjalani bulan Ramadhan. Bagus untuk buat preparation nak puasa nie. Ulangkaji niat dan hukum-hukum untuk berpuasa di Ramadhan ini! Apalagi, download ebook panduan bulan Ramadhan !

Panduan Ibadah Ramadhan



Ramadhan Handbook

Kelebihan Solat Tarawih

Surah Yasin

Related posts:

  1. Nilai3 – murah ke?
  2. Ujibakat Hot FM 2011
  3. Tiket Konsert Double Trouble 2010 DT Gemuruh
  4. Sehari Di Putrajaya – Putrajaya Flora 2010
  5. Mandi wajib yg betul
  6. Kumpulan Felda Global Anugerah Biasiswa Scholarship 2011
  7. Ujibakat Koir Kebangsaan Malaysia 2011
  1. One Response to “Ramadhan Al-Mubarak 2009 1430 Hijrah”

  2. By Sapawi on Aug 21, 2009 | Reply

    assalamualaikum. Bulan puasa atau Ramadhan kini kembali.

    Saya setuju bahawa kita boleh jadikan Ramadhan sebagai titik permulaan untuk berubah. Marilah kita sama-sama menjayakannya.

Post a Comment