Panduan Kehidupan

July 16th, 2009 | by amdTaufik |




1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Related posts:

  1. Ramadhan Al-Mubarak 2009 1430 Hijrah
  2. Sehari Di Putrajaya – Putrajaya Flora 2010
  3. Mandi wajib yg betul
  4. Ujibakat Hot FM 2011
  1. 2 Responses to “Panduan Kehidupan”

  2. By HASNAH BINTI ISMAIL on Jul 27, 2009 | Reply

    Salam….
    Saya amat meminati ruangan ini, dan ucapan ribuan terima kasih kerana ada ruangan seperti ini. Hari ini buat pertama kali saya menjumpai ruangan yang banyak memberi info keagamaan didalam menjalani kehidupan harian, cadangan saya semoga ruangan ini di tambah dengan doa-doa harian dan cara2 berpakaian muslimah yang dibenarkan oleh syarak

    Sekian terima kasih

  3. By farizabt abu hassan on Jul 28, 2009 | Reply

    Salam
    saya memang suka dgn panduan2 dan setiap apa yg ada diruangan ini,terimakasih kerana info2 begini dapat saya serapkan dlm diri saya untuk menjadi lebih baik dari sehari kesaehari,,insyaAllah

Post a Comment